CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 6 Disember 2012

Sihat dan Cantik dengan Aloe Vera

Akhirnya! Berjaya juga aku curi masa buat blog!

Paling aku nak kongsikan bersama rakan-rakan semua adalah dari segi kesihatan.

Sejak mengandungkan anak pertama kesihatan aku memang teruk. Terutamanya ketika kandungan aku berusia 7 bulan. Sakit belakang belikat, tak larat, badan lemah dan sakit pinggang. Bidan kata aku sakit pinggang sebab menahan berat kandungan. Memanglah, berat badan aku meningkat dari 45kg sebelum kahwin ke 65kg masuk bulan ke-7 mengandung! 20 kg tu....Tapi, berat Alia masa lahir, 2.6kg jer....Berat aku yang lebih!!!

Ingatkan lepas bersalin, hilang la semua sakit-sakit tu. Tak rupanya. Lepas bersalin anak kedua, Irfan, semua sakit-sakit tu berlanjutan. Yang jadi mangsa, suami aku la, nak kena picit setiap hari!! Sekarang dah 12 tahun berlalu. Sehinggalah dia disahkan 'slip disk kat tulang belakang L4 dan L5' dia dah stop mengurut aku, awal tahun ni...2012

Sebenarnya aku dah try 2 suppliment lain sebelum ni. Tapi agaknya tak sesuai ngan badan aku. Baru makan sehari dua, kesan sampingannya teruk sangat. Badan lemah sampai nak angkat tangan pun tak larat!! Camne nak pergi kerja, takkan asyik nak MC jer. Dah la setiap kali period time nak kena MC. Mana tak MC kalau dah demam urat, sakit pinggang  bertambah, sakit perut, dan 2 tahun kebelakangan ni, lenguh-lenguh kaki dan tangan pulak!!!

Allah tu Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Nak dijadikan cerita, ada seorang kawan husband aku ni, bekas jiran setaman, namanya Putra Najib. Setiap kali raya dia mesti beraya kat rumah aku.Raya tahun ni pun sama. Semasa raya tu la keluar cerita, dia sakit kaki, doktor kata dia gout. Tapi, Putra Najib ni tak rasa yang dia ada gout. Sebabnya, bila dia makan udang, kakinya tak pulak bertambah sakitnya. Kalau gout katanya, bila makan udang ke, sotong ke, mesti sakit tu bertambah. Sebab orang sakit Gout memang pantang makan makanan laut. Semasa dia balik beraya kat Klang, ada orang promote kat dia. Aloe Vera Gel, dari bahan semulajadi lidah buaya. Bila dia minum, sakitnya berkurang dan semakin sembuh.Aku tertarik.

Lepas tu, masa berbalas raya pergi rumah dia cerita lagi. Isterinya, Cikgu Marni yang baru lepas bersalin pun dah semakin kurus. Kulit Cdia Lagi la aku berminat. Aku dan husband minta dia belikan. Tunggu punya tunggu dia tak belikan juga. Akhirnya kebetulan aku dan husband memang nak pergi ke tempat tu, aku beli sendiri la. Penerangan diberi oleh seorang salah seorang agen kat situ, Ellie. Melayu tak ada kat sana. Dalam kepala aku dah ragu-ragu dah, kebanyakan chinese yang jual dan guna produk ni, macam mana cara beliannya? Bahan-bahan digunakan halal ke tidak? Masa nak beli kat kawan aku tu, aku tak la kisah sangat tapi, bila tau kebanyakan yang menggunakan produk tu Chinese takut juga aku. Tapi, bila dia berjanji akan copykan aku sijil halal, aku pun setuju beli. Lagipun, melayu pun ada jual dan guna, tapi, lebih ramai kat Pahang. Kawasan lain kurang....

Aku beli satu set sebab bila beli satu set harganya relatif lebih murah. Si Ellie ni bagus, dalam satu set ni kalau aku tak nak aku boleh tukar barang tu dengan barang yang aku nak tapi harganya mestilah sama atau kalau harga lebih, tambah la duit bagi cukup. Barang-barang yang aku beli tu, pada masa tu aku rasa tak rugi la beli sebab dari penerangannya , satu barang boleh guna untuk banyak tujuan. Kegunaannya two in one, three in one, tambah-tambah jus Aloe tu. Bukan dah two and three in one, tak tau la berapa in one! Lagipun bahan-bahan yang digunakan semuanya dari alam semulajadi, tidak menggunakan pengawet dari bahan-bahan sintetik. Dia juga cakap produk ni dah lebih 30 tahun dan diedarkan kat lebih 145 negara termasuk kat Singapore juga. Dari apa yang aku dengar sebelum ni, kalau sesuatu produk tu masuk ke Singapore kita tak perlu risau dah dari segi kesihatan sebab undang-undang kat sana ketat. Jadi, yang aku perlu risau adalah halal ke tidak. Since dia dah janji nak tunjuk sijil halal aku rasa ok la....Takkan la dia nak tipu aku kot, dia nak bisnes dalam jangkamasa panjang.....Dari segi harga, aku rasa agak mahal jugak la..tapi dia kata, produk yang sama taraf terutamanya yang menggunakan bahan semulajadi, lagi mahal berkali ganda. Sebabnya, sistem perniagaan mereka tak gunakan iklan, stokis dll. Bila mereka menjimatkan kos tersebut, dapat dijual dengan harga yang lebih murah dengan kualiti diberi keutamaan. Masa tu aku dengar jer la, ala dah nak jual barang kan! kan! kan! Tak kisah la, aku yang pergi cari dia, bukan dia cari aku....

Masa tu aku baru habis period. Macam aku cerita kat atas tadi, time period aku memang teruk....Sebab memang matlamat aku nakkan kesihatan yang lebih baik, aku guna set 'HER PACK". Set tu ada 2 Forever Nectar, 1 Forever Royal Jelly dan Forever 1 Arctic Sea dan 1 Forever Absorbent C.

Aku memang nak tengok kesannya selepas 1 bulan. Menakjubkan!!! Period aku kali ini, demam urat, lenguh kaki, sakit perut dah hilang! Yang tinggal cuma sejuk kaki sedikit dan sakit pinggang sedikit. Malah aku boleh buat kerja pada hari pertama dan kedua period, dengan cergas tanpa makan ubat tahan sakit!! Pada aku memang menakjubkan!!! Sekian lama aku mencari penawar, akhirnya usaha aku berjaya!!! Dengan izin Allah.Subhanallah!! Allahuakbar! Mungkin pada setengah orang perkara biasa, tapi, bagi aku, Syukur sangat sangat sangat kepada Allah.....

Aku nak kongsi kesan penyembuhan dari Aloe Vera ni. Aaa...satu lagi, kulit aku pun dah bertambah cantik. Betul la kalau macam tu, kulit Ratu Cleopatra memang cantik. Sihat dan Cantik, mana tak cantiknya kulit kalau hari-hari mandi dengan Aloe Vera. Aku yang baru sebulan dua guna pun ketara perubahan.

Aloe Vera Nectar untuk mencuci usus, pada masa yang sama memberi tenaga dan membolehkan penyerapan suppliment lain dengan lebih berkesan.
Royal Jelly menstabilkan hormon.
Artic Sea memecah lemak tepu, kolesterol dan membolehkan fungsi otak berjalan dengan lebih baik.
(patutlah berat aku turun 1kg walaupun tak diet) 
Absorbent C pula adalah vitamin C yang diikat + bran oat dan diikat dengan madu lebah bagi meninggikan kadar penyerapan oleh sel-sel badan.

Di bawah aku kongsikan set 'HER PACK'



OK la, next time aku sambung lagi. Aku try suppliment ni baru 2 bulan, tetapi, rasa macam-macam nak cerita. Memang bagus sangat untuk aku, Alhamdulillah. Semoga bagus juga untuk orang lain. Insha allah.

Sihat dan Cantik dengan Aloe Vera

Sesiapa yang nak share kebaikan dan kesan banpenyembuhan suppliment dari Aloe Vera ni, contact jer aku 0194572489 - Kak Ana.

Harga HER PACK RM453.00














1 ulasan:

Unknown berkata...

Sila-sila la singgah di blog saya ni yer....Insha allah saya akan memperbaiki blog ini dari masa ke semasa